Nasib pasangan Scotland yang terlepas penerbangan MH17

SEPASANG suami isteri yang berasal dari Scotland telah merancang untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines MH17 tetapi ditukar kepada penerbangan KLM yang lebih lewat disebabkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu mengalami tempahan berlebihan.

Encik Barry Sim dan isterinya, Cik Izzy, yang mendengar tentang tragedi nahas MH17 dalam perjalanan ke lapangan terbang berkata mengenai "rasa mual" yang mereka alami sambil mendengar berita tersebut.

"Bayangkan ada rasa kurang selesa di bahagian perut dan degupan jantung anda melonjak," kata Encik Sim kepada akhbar Telegraph.

"Semestinya ada sesuatu yang melindungi kami dan berkata "anda berdua tidak harus berada dalam penerbangan itu".

"Dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya hanya menangis di dalam teksi dan merasakan bahawa saya diberi peluang kedua," kata Cik Izzy.

Seramai 10 penumpang dari Britain dikhuatiri menjadi antara 298 orang yang terbunuh.

Pasangan itu menambah mereka kerap menaiki MAS.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.