COLOMBO: Bantuan luar negara mula tiba di Sri Lanka semalam berikutan banjir yang melanda negara itu, sekali gus meringankan sedikit kesengsaraan sekitar 500,000 penduduk yang terjejas dek hujan lebat dan tanah runtuh.
Kementerian Luar Sri Lanka berkata pesawat tentera India yang membawa bekalan kecemasan telah tiba di Colombo, manakala dua lagi kapal tentera laut dijangka berlabuh semalam.