Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Netanyahu tolak kritikan Biden terhadap dasar perang Israel

Mar 11, 2024 | 02:10 PM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, telah menolak komen Presiden Amerika Syarikat , Encik Joe Biden, bahawa pendekatan Israel terhadap perang di Gaza “menyakitkan Israel lebih daripada membantu Israel”.


Dalam temu bual dengan akhbar digital dari Amerika, Politico, Encik Netanyahu turut mempertikaikan jumlah kematian yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas, bahawa “sekurang-kurangnya 13,000 pengganas” dibunuh oleh tentera Israel.


Berdasarkan audio yang dikongsi akhbar Bild, yang juga milik penerbit dari Jerman, Encik Netanyahu mendakwa kematian melibatkan orang awam, “bukan 30,000, malah bukan juga 20,000. Ia jauh lebih rendah daripada itu”.


Jika Encik Biden bermaksud “saya menjalankan dasar secara sendiri dan bertentangan dengan kehendak majoriti rakyat Israel dan ini mencederakan kepentingan Israel, maka beliau salah dalam kedua-dua perkara itu,” kata Encik Netanyahu kepada penerbitan pada 10 Mac itu.

Komennya dibuat sehari selepas Encik Biden berkata bahawa Encik Netanyahu “mesti memberi lebih perhatian kepada nyawa yang tidak bersalah dan terkorban akibat tindakan yang diambilnya” di Gaza.

Encik Biden, yang telah menyokong Israel semasa perang lima bulan dengan Hamas tetapi kekecewaannya terhadap Encik Netanyahu semakin ketara, menyiarkan kritikannya dalam temu bual dengan MSNBC.


Kegagalan Encik Netanyahu untuk membawa pulang tebusan yang masih ditahan Hamas sejak serangan 7 Oktober ke atas Israel mencetuskan perang, telah membawa kepada bantahan yang kerap di Israel dan gesaan untuk pilihan raya awal, termasuk di Tel Aviv.

Encik Netanyahu memberitahu Politico bahawa sebahagian besar penduduk Israel bersatu, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan mereka memahami apa yang baik untuk Israel.


Beliau menambah bahawa dasarnya “disokong oleh majoriti besar orang Israel”, yang menyokong “tindakan yang kami ambil untuk memusnahkan baki batalion pengganas Hamas”.

Encik Biden dilihat semakin lantang mengkritik Encik Netanyahu apabila mengakui perang Gaza lebih merugikan daripada membantu negara itu.

Kenyataan itu dibuat berikutan ketidaksabaran Encik Biden terhadap tindakan Israel yang melampaui batas apabila sewenang-wenangnya mengebom penduduk Gaza tanpa menghiraukan gesaan negara peringkat sejagat.

“Netanyahu mempunyai hak untuk mempertahan Israel, hak untuk menyerang Hamas tetapi dia harus lebih memberi perhatian kepada nyawa yang tidak bersalah atas tindakan yang diambilnya.

“Pada pandangan saya, dia lebih menyakiti Israel daripada membantu negara tersebut,” kata Encik Biden.

Peperangan di Gaza bermula ekoran serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas selatan Israel, membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain dijadikan tebusan.


Serangan berterusan dari udara dan darat Israel telah membunuh lebih 31,000 orang di Gaza.


Encik Netanyahu telah menarik kecaman sejagat dan menentang Amerika – yang menyediakan Israel dengan berbilion dolar bantuan ketenteraan, dengan menolak seruan untuk mewujudkan negara Palestin. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >