KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus menjunam dalam tahun baru 2016, selepas harga minyak semakin merosot dan ekonomi China malap.
Ringgit merosot sebanyak 0.5 peratus kepada 4.4030 bagi setiap dolar Amerika pada 12.49 tengah hari tadi, selepas ia meningkat dua hari lalu.
Ini menjadikan ringgit menjunam 2.5 peratus secara keseluruhan, selepas ia merupakan mata wang Asia paling teruk terjejas tahun lalu.
"Harga minyak mentah yang merosot dan ekonomi China tidak menentu menjejas ringgit.
"Jika ini berterusan, ringgit boleh terus jatuh ke paras 4.45 bagi setiap dolar dalam masa terdekat ini," kata Encik Zulkiflee Mohd. Nidzam, ketua dagangan tukaran asing dan bon Asian Finance Bank Bhd. - Bloomberg.