KUALA LUMPUR: Anak ketua pembangkang Anwar Ibrahim, Cik Nurul Izzah (gambar), yang juga naib presiden parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedang menimbangkan tindakan guaman berikutan "penangkapan dan penahanannya yang menyalahi undang-undang" serta apa yang disifatkannya sebagai taktik untuk menakut-nakutkan pembangkang.
Cik Nurul Izzah, anggota parlimen Lembah Pantai, dibebaskan atas ikat jamin polis semalam selepas ditahan semalaman atas dakwaan hasutan.