Nyamuk betina dewasa boleh turunkan virus Zika kepada anaknya

CHICAGO: Nyamuk betina dewasa boleh menurunkan virus Zika kepada anak-anaknya, ujar penyelidik Amerika Syarikat pada Isnin (30 Ogos), sekali gus menekan keperluan program racun yang membunuh kedua-duanya, nyamuk dewasa dan telurnya.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Tropical Medicine dan Hygiene menunjukkan sama seperti banyak virus berkaitan, termasuk denggi dan demam kuning, Zika boleh dipindahkan dari nyamuk betina ke anak-anaknya.

Dr Robert Tesh dari Universiti Texas Medical Branch di Galveston, Texas, penulis bersama penyelidikan itu, berkata hakikat virus tersebut boleh diturunkan kepada anak-anak nyamuk menjadikan Zika lebih sukar dikawal.

"Penyemburan memberi kesan terhadap nyamuk dewasa, tetapi ia biasanya tidak membunuh bentuk belum matang - telur dan larva. Penyemburan akan mengurangkan pemindahan virus itu tetapi ia tidak boleh menghapuskannya," katanya.

Walaupun Zika umumnya menyebabkan penyakit ringan dalam kalangan orang dewasa, ia ancaman utama kepada wanita hamil kerana terbukti boleh menyebabkan sejenis kecacatan kelahiran teruk, mikrosefali, dan kecacatan otak lain.

Aedes aegypti, nyamuk yang membawa Zika, bertelur di dalam bekas kecil air. Pemilik rumah dinasihatkan supaya membuang air di dalam bekas di rumah mereka. Apabila air dibuang, telur nyamuk berpaut dalam bentuk bulatan di sekitar garis air, dan kekal tidak aktif hingga hujan seterusnya apabila mereka boleh menetas.

Saintis mengkaji Zika mahu tahu apakah sebahagian keturunan nyamuk tropika mungkin membawa virus itu, menyebabkan wabak tersebut berterusan hingga semasa musim kering.

Untuk mengetahuinya, penyelidik menyuntik virus Zika ke dalam nyamuk Aedes aegypti betina yang dibesarkan dalam makmal. Ia kemudian diberi makan, dan dalam masa seminggu, mereka melahirkan telur, yang dijaga hingga mereka menetas menjadi nyamuk dewasa.

Nyamuk yang membawa virus Zika kemudian dikira. Mereka menemui virus itu di dalam satu daripada setiap 290 nyamuk yang diuji.

"Nisbah ini mungkin kedengaran rendah," kata Dr Tesh, "tetapi apabila anda menimbangkan bilangan Aedes aegypti dalam masyarakat bandar tropika, ia mungkin cukup tinggi untuk membolehkan beberapa virus berterusan, walaupun nyamuk dewasa dijangkiti dibunuh."

Beliau berkata langkah seterusnya ialah menunjukkan bahawa nyamuk sebenarnya turunkan virus Zika kepada anak-anak mereka di hutan.

Pakar memerangi Zika di kejiranan Wynwood di Miami telah mengumumkan kempen penyemburan udara menggunakan racun perosak yang membunuh kedua-duanya, nyamuk dewasa dan larva.

Bagi pemilik rumah di kawasan terjejas, Dr Tesh menasihatkan mereka membuang air bertakung dari bekas dan menggosoknya dengan teliti untuk mengeluarkan telur dan larva.

Mereka juga perlu membuang sembarang barang di halaman mereka yang boleh mengumpul air. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:44
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,310.800 -3.320