Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama ambil tindakan terhadap Russia, usir 35 ejen

Dec 30, 2016 | 10:08 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat mengambil tindakan balas ke atas Moscow pada Khamis (29 Dis) kerana campur tangannya dalam pilihan raya presiden Nov lalu, dengan mengenakan sekatan terhadap dua agensi perisikan utama Russia, mengusir 35 ejen dan menutup dua halaman Russia di Amerika.



Tindakan Presiden Barack Obama itu sekadar tidak menuduh Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, secara peribadi mengarahkan penggodaman siber yang ramai anggota Demokrat percaya merosakkan peluang Cik Hillary Clinton menentang calon Republikan, Encik Donald Trump, dalam pilihan raya sengit itu.



Sebagai respons, jurucakap Encik Putin berkata langkah Amerika itu menjejas hubungan antara Moscow dan Washington. Encik Dmitry Peskov berkata Encik Putin akan memerintahkan satu tindakan balas "sewajarnya" terhadap sekatan tersebut.



Masyarakat perisikan Amerika menyimpulkan tindakan godam dan siarkan e-mel Parti Demokrat dan kakitangan Cik Clinton direka untuk membolehkan Encik Trump, yang memuji Encik Putin, memenangi pilihan raya itu.



Langkah Amerika itu pasti meningkatkan ketegangan, yang sudah pun tinggi, dengan Moscow hanya tiga minggu sebelum Encik Trump menggantikan Encik Obama.



"Saya telah mengarahkan beberapa tindakan sebagai tindakan balas terhadap gangguan agresif pemerintah Russia ke atas para pegawai Amerika dan operasi sibernya yang disasarkan pada pilihan raya Amerika," ujar kata Encik Obama.



Antara langkah yang diumum ialah sekatan terhadap agensi perisikan FSB dan GRU Russia, menetapkan 35 ejen Russia sebagai persona non grata (orang tidak diterima) dan penutupan dua halaman Russia di New York dan Maryland yang menurut Amerika digunakan "bagi tujuan berkaitan perisikan".



Washington menuduh Direktorat Perisikan Utama (GRU) Russia menggodam maklumat dengan niat mengganggu pilihan raya Amerika itu dan berkata Perkhidmatan Keselamatan Federal (FSB) Russia membantunya.



Kedua-dua agensi itu akan menghadapi sekatan, bersama empat pegawai GRU, termasuk ketuanya, Igor Valentinovich Korobov, dan tiga entiti lain.



Di samping itu, Perbendaharaan Amerika mengenakan sekatan ke atas dua individu, Evgeniy Mikhailovich Bogachev dan Aleksey Alekseyevich Belan, kerana "pelibatan dalam kegiatan siber berniat jahat".



Sekatan itu membekukan sembarang aset yang mereka mungkin ada di Amerika dan menyekat syarikat Amerika menjalankan perniagaan dengan mereka.



Seramai 35 perisik Russia berpangkalan di kedutaan negara itu di Washington dan konsulatnya di San Francisco diisytihar persona non grata dan diarah meninggalkan Amerika dalam tempoh 72 jam.



Pemerintah Amerika juga sedang mengklasifikasikan semula sebagai bukan rahsia maklumat teknikal mengenai kegiatan siber Russia bagi membantu syarikat mempertahan diri terhadap serangan masa depan.



"Tindakan ini bukan tindakan sepenuhnya dalam tindakan balas kami terhadap kegiatan agresif Russia. Kami akan terus mengambil pelbagai tindakan pada masa dan di tempat pilihan kami, sebahagiannya kami tidak akan umum," kata Encik Obama.



Encik Trump memandang ringan tuduhan perisikan terhadap perbuatan Russia itu dan memperkecil-kecilkan rancangan Encik Obama mengenakan sekatan terhadap Moscow. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >