Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama batalkan pertemuan dek mulut cabul Presiden Filipina

Sep 06, 2016 | 07:41 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, membatalkan satu pertemuan yang dirancang dengan Encik Rodrigo Duterte, selepas pemimpin Filipina itu melancarkan kecaman cabul terhadapnya, kata Rumah Putih pada Isnin (5 Sep),



Encik Duterte memanggil Encik Obama "anak pelacur" beberapa jam sebelum itu, sambil bersumpah beliau tidak akan membenarkan pemimpin Amerika itu bersyarah kepadanya mengenai hak asasi manusia.



"Presiden Obama tidak akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Duterte bagi Filipina petang ini," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Ned Price.



"Sebaliknya, beliau akan bertemu Presiden Park (Geun-hye) bagi Republik Korea tengah hari ini."



Encik Duterte, yang bermulut cabul, marah terhadap amaran bahawa beliau akan menghadapi pertanyaan daripada Presiden Obama mengenai perang terhadap dadah di Filipina yang telah meragut lebih 2,400 nyawa dalam tempoh hanya dua bulan.



"Anda mesti hormat. Jangan hanya lempar soalan dan kenyataan. Anak pelacur, saya akan sumpah seranah awak di forum itu," ujar Encik Duterte dalam satu sidang akhbar sejurus sebelum berlepas ke Laos untuk menghadiri satu sidang puncak pemimpin dunia anjuran Asean di Vientiane, ibu negara Laos.



"Kami akan berkubang dalam lumpur seperti babi jika anda berbuat demikian kepada saya."



Mereka dijadual mengadakan mesyuarat dua hala pada Selasa (6 Sep) di luar pertemuan itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >