Obama benarkan serangan udara ke atas Iraq

WASHINGTON (Amerika Syarikat): Presiden Barack Obama telah membenarkan serangan udara tentera Amerika Syarikat ke atas Iraq dan menghantar bekalan kemanusiaan untuk mengelakkan "pembunuhan beramai-ramai" oleh puak pelampau Islam terhadap pihak minoriti.

"Kita boleh bertindak, secara berhati-hati dan bertanggungjawab, untuk mencegah perbuatan yang berpotensi untuk menjadi pembunuhan beramai-ramai," kata Presiden Obama yang merujuk kepada serangan terhadap pihak minoriti Yazidi yang telah dikepung.

"Oleh itu, saya membenarkan serangan udara peluru berpandu jika perlu untuk membantu pihak tentera di Iraq kerana mereka berjuang untuk memecahkan kepungan dan melindungi orang awam yang terperangkap di sana," kata Obama.

Presiden Obama, yang tidak mengatakan sama ada serangan udara telah dijalankan, berkata bahawa tentera Amerika Syarikat sudah mula memberi makanan dan minuman kepada rakyat Iraq yang sedang dalam pelarian dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka pejuang Negara Islam.

"Awal minggu ini, seorang rakyat Iraq di kawasan tersebut telah menangis kepada dunia, tetapi tidak ada satu negara pun yang datang membantu.

"Oleh itu, pada hari ini, Amerika akan datang membantu," kata Presiden Obama lagi. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.