Obama beri amaran demokrasi sedang diuji, Amerika masih berpecah berhubung kaum, imigresen

CHICAGO: Dalam ucapan perpisahan beliau sebagai presiden, Encik Barack Obama memberi amaran megenai ujian ke atas demokrasi di Amerika Syarikat dan berkata negara itu masih belum berada dalam keadaan yang seharusnya berhubung isu seperti kaum dan imigresen

"Dunia mengecut, ketidaksamaan semakin meningkat; perubahan demografi dan kehodohan pengganasan - kuasa-kuasa ini telah menguji bukan keselamatan dan kemakmuran kita sahaja, bahkan demokrasi kita.

"Dan bagaimana kita menghadapi cabaran ini bagi demokrasi kita akan menentukan keupayaan kita mendidik anak-anak kita, dan mewujudkan pekerjaan baik, dan melindungi tanah air kita," kata Encik Obama kepada hadirin yang memberi sambutan gemuruh pada Selasa malam (pagi Rabu, 11 Jan waktu Singapura).

Encik Obama, presiden kulit hitam pertama Amerika dan anak seorang pendatang Kenya, turut menangani isu perkauman dan imigresen dalam ucapannya.

"Selepas pemilihan saya, ada perbincangan mengenai Amerika pascakaum. Wawasan itu, walau sebaik mana niatnya, tidak pernah realistik. Kerana kaum kekal sebagai kuasa yang kuat dan sering memecahbelahkan dalam masyarakat kita.

"Saya hidup cukup lama untuk tahu bahawa hubungan kaum lebih baik daripada 10, atau 20, atau 30 tahun lalu - anda boleh lihat ini bukan pada statistik sahaja, anda melihatnya dalam sikap rakyat muda Amerika di seluruh spektrum politik," katanya.

Tetapi Amerika tidak berada dalam keadaan yang ia perlu capai, Encik Obama memberi amaran.

"Kita semua ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Lagipun jika setiap isu ekonomi dirangka sebagai satu perjuangan antara kelas menengah kulit putih yang rajin dan kaum minoriti yang tidak layak menerima, maka pekerja daripada semua warna kulit akan dibiarkan berjuang untuk mendapatkan sisa manakala yang kaya berundur lebih dalam ke ruang tertutup peribadi mereka.

"Jika kita enggan melabur dalam anak-anak pendatang, hanya kerana mereka tidak kelihatan seperti kita, kita mengurangkan harapan anak-anak kita sendiri - kerana kanak-kanak kulit coklat itu akan membentuk kumpulan lebih besar daripada tenaga kerja di Amerika," katanya.

Encik Obama turut menyentuh mengenai perubahan iklim, dan berkata menafikan realiti amaran global mengenainya adalah satu mengkhianati terhadap generasi akan datang.

Mengenai pengganasan, beliau berkata "tiada pertubuhan pengganas asing berjaya merancang dan melaksana serangan" di tanah Amerika sepanjang lapan tahun lalu, walaupun beliau mengambil perhatian mengenai isu pengganas tempatan seperti pengeboman maraton Boston dan pembunuhan ramai-ramai San Bernandino.

Encik Obamar turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Cik Michelle.

"Sepanjang 26 tahun lalu, awak bukan sahaja isteri dan ibu anak-anak saya, bahkan kawan baik saya. Awak menerima peranan yang awak tidak minta dan menjadikannya peranan awak dengan rela hati dan kecekalan dan gaya dan jenaka yang baik," ujar Encik Obama, sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan putih.

Beliau juga bercakap mengenai dua anaknya - Malia dan Sasha. Hanya Malia yang kelihatan dalam kalangan hadirin, duduk disebelah ibunya.

"Awak telah menjadi dua wanita muda menakjubkan, bijak dan cantik, tetapi yang lebih penting, baik hati dan bertimbang rasa dan penuh dengan semangat. Awak menanggung beban berada dalam perhatian selama bertahun-tahun dengan begitu mudah.

"Antara semua perkara yang pernah saya lakukan dalam hidup saya, saya paling bangga menjadi ayah awak," katanya.

Presiden daripada Parti Demokrat yang bakal berundur itu turut memberi penghormatan kepada Naib Presiden Joe Biden.

"Budak tidak sempurna dari Scranton yang menjadi anak watan kesayangan Delaware: awak pilihan pertama saya sebagai calon, dan yang terbaik," kata Encik Obama, yang menyifatkan Encik Bidan "seorang saudara".

Encik Obama akan digantikan oleh Encik Donald Trump, daripada Parti Republikan, pada 20 Jan. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,037.740 +12.260