Obama, Biden akan sertai Clinton berkempen

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, akan menyertai calon parti Demokratik bagi pilihan raya umum Nov, Cik Hillary Clinton, buat kali pertama kali dalam kempen beliau minggu depan, umum pembantu Cik Clinton pada Khamis (30 Jun).

Beberapa hari kemudian, Naib Presiden Joe Biden juga akan menyertai Cik Clinton dalam kempen beliau.

Encik Obama dijangka menyertai Cik Clinton di Charlotte, North Carolina pada Selasa bagi penampilan sulungnya dalam kempen tahun ini, kata pembantu calon presiden itu dalam satu kenyataan.

Mereka "akan membincangkan mengembangkan kemajuan yang kami telah capai dan wawasan mereka bagi Amerika yang lebih kuat bersama," katanya.

Acara kempen bersama pertama mereka sebenarnya dijadualkan pada 15 Jun di Wisconsin, beberapa hari selepas Encik Obama mengumumkan menyokong Cik Clinton, tetapi ia ditangguh dek kejadian menembak ramai-ramai di sebuah kelab malam gay di Orlando, Florida.

Encik Obama dijangka berkempen kuat untuk Cik Clinton, bekas saingan pahit beliau dalam pemilihan calon presiden bagi Demokratik untuk pilihan raya umum 2008.

Encik Biden akan menyertai Cik Clinton bagi satu acara parti Demokratik Jumaat depan di Scranton, Pennsylvania, ujar kempen Cik Clinton dalam satu kenyataan berasingan.

Gaya bersahaja naib presiden itu dan keupayaannya cepat mesra dengan pengundi kelas pekerja dapat memberi rangsangan yang amat diperlukan Cik Clinton dalam menghadapi calon presiden parti Republikan, Encik Donald Trump, terutama dalam kalangan pengundi lelaki kulit putih lebih tua. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.