Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama cuba luncur layang-layang di Caribbean bersama jutawan Richard Branson

Feb 08, 2017 | 10:09 AM



LONDON: Mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, cuba beberapa sukan air baru dan berbahaya yang anak asal Hawaii itu terpaksa lupakan atas sebab-sebab keselamatan semasa berkhidmat di Rumah Putih.



Encik Obama, yang menamatkan tempoh lapan tahun sebagai presiden bulan lalu (Januari) apabila digantikan oleh Encik Donald Trump, belajar bermain luncur layang semasa bercuti minggu lepas di sebuah pulau Caribbean milik jutawan yang juga pengembara British, Sir Richard Branson.



Jutawan itu yang menyiarkan kisah percutian mereka pada Selasa (Feb 7).



Gambar dan video di laman web Virgin Group milik Sir Branson menunjukkan mantan presiden itu, seorang peluncur air, mencuba luncur layang, sukan yang semakin popular di mana pemain menaiki papan luncur sambil ditarik layang-layang.



"Sebagai mantan presiden Amerika, ada banyak pegawai keselamatan di sekitar, tetapi Barack dapat relaks sepenuhnya dan masuk ke dalam," tulis Sir Branson.



Encik Obama dan isterinya, Cik Michelle, dilihat minggu lalu di Kepulauan Virgin British, dan orang-orang menyiarkan gambar mereka di media sosial.



Sir Branson memiliki Pulau Moskito, yang seluas 48 hektar. Ia sebahagian daripada nusantara Caribbean.



Luncur layang dipilih pada 2012 sebagai sukan bagi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, menggantikan luncur angin. Keputusan tersebut dikritik pada masa itu kerana sukan itu boleh membawa maut, dan ia ditukar dengan segera.



Menurut Sir Branson, Encik Obama mengkaji hobi itu selama dua hari dan bermain layang-layang di pantai, "seolah-olah menjadi kanak-kanak semula" sebelum masuk ke dalam laut mengharung ombak.



Sir Branson mencuba satu lagi sukan, foilboarding, yang menggunakan papan yang diubah suai yang berada beberapa kaki di atas air. Jutawan itu menulis bahawa beliau mencabar mantan presiden berlumba.



Encik Obama menang, kata beliau, dengan meluru 100 meter ke depannya melalui luncur layang.



"Selepas apa yang beliau lakukan untuk dunia, saya tidak boleh iri hati dengan kemenangan yang beliau sangat berhak," tulis Sir Branson. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >