WASHINGTON: Rumah Putih semalam mengulangi satu laporan media yang tidak disahkan bahawa Encik Barack Obama meminta ibu pejabat agensi perisikan Britain (GCHQ) supaya memantau Encik Donald Trump.
Dalam sidang media di Rumah Putih, Setiausaha Akhbar Sean Spicer memetik laporan panjang lebar Fox News yang mendakwa bahawa Encik Obama menggunakan GCHQ bagi mengelak sekatan undang-undang dengan membolehkannya memantau rakyat Amerika Syarikat.