TOKYO: Pulau di tengah-tengah pertikaian antara Tokyo dan Beijing dilindungi perikatan pertahanan Amerika Syarikat-Jepun, kata Presiden Barack Obama, kepada akhbar Jepun sebelum ketibaannya di Tokyo semalam.
Lawatan Presiden Obama ke Asia yang akan membawanya ke Korea Selatan, Filipina dan Malaysia merupakan yang pertama di mana Presiden Amerika secara jelas menegaskan bahawa tindakan keras ke atas pulau yang dipertikaikan itu akan mengundang tindak balas Amerika.