Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama jumpa Duterte sekejap sebelum jamuan malam Sidang Puncak Asean

Sep 08, 2016 | 10:32 AM



MANILA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, bertemu Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, pada Rabu (7 Sep), sebelum majlis jamuan malam gala bagi para pemimpin yang menghadiri Sidang Puncak Asean di Laos.



"Saya fikir mereka telah menyelesaikan perselisihan mereka," kata jurucakap Kementerian Luar Filipina, Encik Charles Jose, yang memetik penasihat keamanan Encik Duterte, Encik Jesus Dureza.



Encik Jose memberitahu pemberita dua pemimpin itu "bercakap sekejap" dalam bilik menanti sebelum berjalan ke dewan besar bagi majlis tersebut.



Filipina kelam-kabut berusaha pada Selasa untuk meredakan hubungan dengan Amerika, dengan Encik Duterte berkata beliau menyesali melempar kata-kata cabul terhadap Encik Obama mengenai perselisihan mereka tentang tindakan antijenayah Filipina.



Encik Obama membatalkan pertemuan yang dirancang dengan Encik Duterte di Laos selepas diberitahu bahawa Encik Duterte memanggil beliau "anak pelacur" pada Isnin.



Laporan yang memetik sumber Filipina sebelum ini berkata Encik Duterte akan duduk di antara Encik Obama dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki Moon, semasa majlis jamuan malam gala itu.



Bagaimana, imej daripada majlis itu menunjukkan mereka bertiga duduk berasingan.



Encik Duterte sebelum ini mengecam Enik Ban, apabila beliau berkata PBB "tidak berguna" dalam berdepan dengan kematian orang awam di Syria dan Iraq.



Encik Ban juga mengkritik tindakan antijenayah Encik Duterte, yang menyaksikan lebih 2,400 pembunuhan luar undang-undang.



Encik Duterte duduk di antara Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, dan Perdana Menteri Russia, Encik Dmitry Medvedev.



Encik Obama pula duduk di antara Sultan Hassanal Bolkiah bagi Brunei dan Perdana Menteri Vietnam, Encik Nguyen Xuan Phuc.



Malah semasa sesi bergambar beramai-ramai, dua pemimpin itu dipisahkan oleh tujuh pemimpin lain.



Encik Duterte memanggil Encik Obama "anak pelacur" dalam frasa Tagalog apabila ditanya bagaimana beliau akan respons jika Encik Obama menyoal beliau mengenai pembunuhan luar undang-undang dalam kempen antijenayahnya.



Apabila tiba di Laos pada Isnin malam, Encik Duterte bersikap menyesal.



"Saya tidak mahu bergaduh dengan (Encik Obama). Beliau presiden paling kuat daripada sembarang negara lain di dunia," katanya.



Pembantu Encik Duterte kemudian berkata mesyuarat dua hala antara beliau dan Encik Obama hanya dijadual semula, tetapi mereka tidak mengatakan bila.



Para pegawai Amerika pula berkata salah faham tersebut hanya "perselisihan kecil sementara" dalam hubungan dua negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >