Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama mengejutkan Biden dengan anugerah awam tertinggi Amerika

Jan 13, 2017 | 09:43 AM



WASHINGTON: Presiden Barack Obama menganugerahkan penghormatan awam tertinggi Amerika Syarikat kepada Naib Presiden Joe Biden pada Khamis (12 Jan), dalam satu majlis mengejutkan beremosi di Rumah Putih.



Encik Biden menangis apabila Encik Obama, yang dalam hari-hari terakhirnya sebagai presiden, mengejutkan beliau dengan mengumumkan beliau akan mengurniakannya Pingat Kebebasan Presiden.



Dalam ucapan perpisahan bersama buat keluarga, rakan-rakan dan kakitangan sebelum mereka meninggalkan Rumah Putih minggu depan, Encik Obama menyifatkan Encik Biden sebagai "naib presiden terbaik yang kita pernah lihat" dan "singa dalam sejarah Amerika".



"Oleh itu, Joe, kerana keyakinan awak pada rakyat senegara Amerika awak, kerana sayang awak pada negara, dan kerana khidmat seumur hidup awak yang akan bertahan bergenerasi, saya ingin meminta pembantu tentera menyertai kita di atas pentas.



"Buat kali terakhir sebagai presiden, saya dengan sukacitanya menganugerah penghormatan awam tertinggi negara kita, pingat kebebasan presiden."



Encik Biden terkejut, mengangkat kepalanya ke belakang dan memalingkan mukanya daripada hadirin untuk mengesat air mata.



Selepas menenangkan dirinya dan menerima pingat itu, Encik Biden melihat-lihat di sekeliling bilik itu untuk mencari ketua kakitangannya - dan membuang beliau daripada pekerjaannya, secara berseloroh, kerana tidak memberinya amaran lebih awal.



"Saya langsung tidak tahu," kata Encik Biden.



"Tuan Presiden, saya terhutang budi kepada awak. Saya terhutang budi kepada persahabatan awak. Saya terhutang budi kepada keluarga awak," ujarnya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >