Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama rasmi sokong Clinton

Jun 10, 2016 | 04:13 PM



WASHINGTON: Presiden Barack Obama menyatakan sokongan kepada bekas seterunya, Cik Hillary Clinton, untuk menggantikannya sekali gus memberi petunjuk kepada ahli Demokrat bahawa tiba masanya bersatu bagi mengalahkan calon Republikan, Encik Donald Trump.



"Puluhan juta rakyat Amerika sudah bersuara. Hari ini saya pula mahu bersuara. Saya bersama-samanya," kata Presiden Amerika Syarikat itu dalam video.



Acara kempen bersama pertama mereka akan diadakan di Green Bay, Wisconsin pada 15 Jun ini.



Presiden Obama menang pada pilihan raya 2008 dan 2012, tetapi Demokrat menjangkakan persaingan sengit tahun ini.



Sokongan Presiden Obama, walaupun sudah lama dijangka, memberi suntikan positif bagi kempen Cik Clinton.



Cik Clinton bergelut selama setahun menentang pencabarnya, Encik Bernie Sanders.



Tokoh berusia 74 tahun itu melancarkan kempen akar umbi yang berkembang mendapat sokongan 12 juta penduduk.



Cik Clinton secara rasmi meraih pencalonan beberapa hari lalu, mendorong Presiden Obama menunjukkan sokongannya.



"Saya tidak rasa ada orang lain lebih layak untuk jawatan itu," kata Presiden Obama.



Cik Clinton mengalu-alukan undian keyakinan: "Gembira kerana anda bersama saya, @ POTUS saya bersemangat dan bersedia!" katanya dalam akaun Twitter, mengulangi antara laungan kempen Presiden Obama pada 2008.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >