WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mahu penasihatnya menyemak dasar mengenai Syria selepas memutuskan bahawa agak mustahil menewaskan militan Negara Islam (IS) tanpa terlebih dahulu menyingkirkan Presiden Bashar al-Assad, menurut laporan CNN semalam.
Memetik pegawai kanan Amerika, CNN berkata pasukan keselamatan negara Encik Obama telah mengadakan empat mesyuarat sejak seminggu lalu bagi menyesuaikan strategi di Syria dengan kempen memerangi IS yang telah merampas sebahagian besar wilayah di Syria dan Iraq.