Obama tawar bantu Biden tampung bil hospital anak

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata Presiden Barack Obama menawarkan memberi beliau wang bagi menampung perbelanjaan keluarganya, ketika anaknya berjuang melawan barah.

Dalam satu temu bual yang disiarkan di CNN pada Isnin (11 Jan), Encik Biden berkata Encik Obama membuat tawaran itu semasa mereka makan tengah hari, selepas Encik Biden memberitahunya beliau sedang menimbangkan menjual rumahnya untuk mengumpul wang bagi membantu anaknya, yang meninggal dunia akibat barah otak Mei lalu pada usia 46 tahun.

Encik Biden berkata semasa itu bahawa anaknya, Beau, mungkin terpaksa meletak jawatan sebagai peguam negara Delaware kerana penyakit.

"Kebimbangan saya ialah jika Beau meletak jawatan, tidak ada sokongan kewangan lain selain daripada gajinya. Tetapi saya berkata saya akan berusaha menghuraikan ini, (isteri saya) dan saya akan menjual rumah dan kami akan berada dalam keadaan baik," kata Encik Biden.

"Obama berdiri dan berkata 'Jangan jual rumah itu. Janjilah pada saya anda tidak akan jual rumah itu'.

"(Obama) berkata 'Saya akan beri anda wang. Apa sahaja yang anda perlukan, saya akan beri anda wang itu. Jangan, Joe. Janjilah pada saya. Janjilah pada saya.'."

Encik Biden, 73 tahun, menambah: "Sayang beliau pada keluarga dan keluarga saya, dan sayang saya pada keluarganya... ia sesuatu yang peribadi. Ia adalah keluarga."

Pada Oktober lalu, Encik Biden mengumumkan beliau tidak akan bertanding bagi jawatan presiden, selepas bergelut dengan keraguan tentang apakah beliau dan keluarganya bersedia bagi kempen melelahkan ketika masih berkabung bagi kematian anaknya. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.