Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama tawar sokongan kepada Jerman susuli siri serangan

Jul 28, 2016 | 11:44 AM



WASHINGTON: Presiden Barack Obama pada Rabu (27 Julai) menyampaikan takziah beliau dan sokongan Amerika Syarikat kepada Canselor Jerman, Dr Angela Merkel, berikutan beberapa serangan berdarah di negara itu, kata Rumah Putih.



Empat serangan kejam di selatan Jerman, tiga dijalankan oleh pencari suaka, menggegarkan Jerman dan menghidupkan semula kritikan terhadap keputusan Dr Merkel tahun lepas membuka sempadan kepada orang yang melarikan diri daripada peperangan dan penganiayaan.



Encik Obama mengucapkan takziah "bagi pihak rakyat Amerika untuk mangsa pengganas baru-baru ini dan serangan ganas lain", menurut Rumah Putih.



"Para pemimpin itu mengesahkan peri perlu kerjasama rapat dalam penentang pengganasan dan kerjasama keselamatan lebih luas," katanya.



Pada Ahad (24 Jul) lalu, seorang pelarian Syria yang gagal mendapatkan suaka meletupkan bahan letupan berhampiran sebuah festival muzik terbuka di bandar selatan Ansbach, membunuh dirinya dan mencederakan beberapa orang.



Lelaki itu telah berikrar setia kepada kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), menurut Menteri Dalam Negeri Bavaria.



Pada hari sama, seorang pelarian Syria ditangkap selepas dia membunuh seorang wanita Poland di bandar barat daya Reutlingen dalam apa yang mungkin merupakan jenayah nafsu. Tiga orang lain cedera dalam serangan itu.



Serangan tersebut datang sedang Jerman merasa bahang daripada kejadian mengamuk di mana sembilan orang terbunuh dalam tembakan di pusat beli-belah di Munich pada Jumaat lalu.



Sementara itu, empat penumpang kereta api dan seorang pejalan kaki cedera dalam serangan kapak di Wuerzburg pada 18 Julai. ISIS mendakwa bertanggungjawab bagi serangan tersebut.



Encik Obama menawarkan Jerman "sokongan penuh sedang siasatan mengenai serangan-serangan itu diteruskan". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >