Ofensif untuk rampas semula Mosul daripada ISIS bermula

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq, Encik Haider al-Abadi, telah mengumumkan permulaan serangan untuk merebut kembali Mosul, bandar di Iraq yang dijadikan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) ibu kotanya.

"Masanya telah tiba dan saat kemenangan besar sudah dekat," kata beliau dalam satu ucapan di televisyen negara, dikelilingi oleh komander tertinggi angkatan tentera.

"Saya mengumumkan hari ini permulaan operasi untuk membebaskan wilayah Nineveh."

Serangan ke atas Mosul disokong pakatan yang diketuai Amerika Syarikat dan boleh menjadi antara operasi ketenteraan terbesar di Iraq sejak pencerobohan pimpinan Amerika yang menggulingkan Saddam Hussein.

"Kami bangga untuk berdiri dengan anda dalam operasi bersejarah ini," kata Encik Brett McGurk, duta besar Amerika bagi pakatan terhadap ISIS itu, di Twitter pada permulaan serangan Mosul.

Mosul kubu kuat utama terakhir kumpulan Sunni yang tegar di Iraq.

Dengan penduduk prapeperangan kira-kira dua juta, ia bandar terbesar di Iraq yang dikuasai ISIS selepas ia mengisytiharkan sebuah "khalifah" di Iraq dan Syria pada 2014. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
3 HR PSI: 63
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,946.480 +3.430