Opec dijangka kekal dasar tidak bataskan hasil minyak

VIENNA: Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) dijangka mengekalkan dasar pengeluaran minyak mereka dan tidak akan mengambil langkah untuk mengekang bekalan bagi tahun depan apabila anggotanya Iran dan Iraq akan meningkatkan eksport minyak mereka.

Harga hadapan minyak Brent kini berada di paras bawah AS$45 setong, hanya beberapa dolar sahaja lebih tinggi daripada paras terendahnya dalam masa enam tahun.

Harga minyak mentah Opec sendiri berada di paras bawah AS$38 setong.

Anggota Opec yang lebih miskin telah meminta anggota lebih kaya diketuai Arab Saudi supaya mengekang bekalan minyak.

Namun Riyadh dan sekutunya hari ini, Jumaat, nampaknya bersedia untuk mengekalkan strategi melindungi penguasaan pasaran mereka, dengan harapan harga yang lebih rendah itu akhirnya akan memaksa pengeluar minyak berkos tinggi keluar dari pasaran.

Arab Saudi sebelum ini telah menyatakan bahawa ia bersedia menimbangkan untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya jika Iran dan Iraq serta anggota bukan negara Opec bersetuju untuk bekerjasama.

"Kami telah menyatakan beberapa kali, kami bersedia bekerjasama dengan sesiapa pun yang boleh mengimbangi pasaran," kata Menteri Minyak Saudi Ali al-Naimi. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.