Opec tidak jangka capai kata sepakat

LONDON/ NEW YORK: Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) tidak dijangka memeterai sebarang perjanjian bagi mengehadkan pengeluaran minyak di Algiers minggu depan kerana negara anggota kekal fokus meningkatkan pengeluaran atau mempertahankan pengeluaran masing-masing.

Opec akan mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Russia pada 28 September ini tetapi menghadapi persaingan dalaman serupa yang pernah menggagalkan perjanjian sebelum ini, pada April lalu, menurut semua 23 pengamat kecuali dua yang ditinjau agensi berita Bloomberg.

Iran dan Iraq telah memberi isyarat bahawa mereka akan meningkatkan pengeluaran, sementara Arab Saudi akan mengekalkan pengeluaran pada paras rekod.

"Opec kelihatan seperti harimau yang hilang taring," kata Encik Christoph Eibl, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif (CEO) pengurusan aset komoditi, Tiberius Group.

"Insentif bagi Arab Saudi dan Iran adalah sama - meningkatkan pengeluaran," jelasnya lagi. - Agensi Berita

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.