Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Operasi di Ukraine akan diteruskan: Russia

Tentera Ukraine dilapor tawan semula beberapa bandar, halang askar Russia masuk Kyiv
Mar 27, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Operasi ketenteraan khas di Ukraine akan diteruskan hingga semua tugasan selesai, ujar Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Russia, Encik Dmitry Medvedev.



"Tugasan itu ada kaitan dengan masa depan Ukraine. Status Ukraine sebagai negara berkecuali, negara tidak melaksana dasar anti-Russia, bukan negara ketenteraan, dan sebagai jiran biasa kami," katanya.



Russia melancarkan operasi tersebut kerana matlamat itu gagal dicapai melalui diplomasi, katanya dalam satu temu bual bersama agensi berita dan penyiar RT RIA Novosti Russia.



Tugasan utama peringkat pertama sudah selesai dan potensi tempur Angkatan Tentera Ukraine berjaya dikurangkan, kata beliau.



"Russia akan memberi tumpuan pada perkara utama - pembebasan sepenuhnya Donbass," kata timbalan ketua Staf Am Angkatan Tentera Russia, Encik Sergei Rudskoy.



Russia memulakan operasinya pada 24 Februari, mencetuskan kemarahan antarabangsa dan Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat, Britain serta negara lain mengenakan sekatan kewangan ke atas Moscow.



Sekurang-kurangnya 1,081 rakyat Ukraine maut dan 1,707 cedera setakat ini, anggar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Angka sebenar korban dijangka lebih tinggi.



Sementara itu di Lviv, tentera Ukraine dilaporkan berjaya menawan semula bandar-bandar di timur ibu kota Kyiv dan memaksa tentera Russia berundur, menurut Britain.



Sebulan selepas serangan bagi menjatuhkan pemerintahan Presiden Volodymyr Zelensky itu, tentera Russia dilihat gagal menawan sebarang bandar utama Ukraine.



Barisan pertempuran dibekukan berminggu-minggu dengan Russia mengancam Kyiv dari barat laut dan timur, namun berdasarkan risikan terbaru Britain menggambarkan serangan balas Ukraine berjaya menolak Russia jauh ke belakang.



Tentera Ukraine berkata ia menghalang tentera Russia yang cuba memasuki Kyiv dan masih bertahan di bandar Chernihiv, timur laut Kyiv.



Berikutan gagal menawan bandar utama Ukraine, Russia terpaksa menggunakan meriam dan serangan udara, manakala pelabuhan timur Mariupol dikepungnya sejak awal perang dengan puluhan ribu orang dipercayai terperangkap tanpa akses kepada makanan, ubat, tenaga elektrik atau sumber pemanas.



Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dijangka melawat Poland untuk melihat sendiri krisis pelarian di mana hampir satu perempat daripada 44 juta penduduk Ukraine tiada tempat tinggal dan lebih 3.6 juta melarikan diri ke negara jiran.



Seorang pegawai kanan Amerika berkata Washington dan sekutunya sedang berusaha menyediakan senjata antikapal untuk melindungi pantai Ukraine.



Tentera Ukraine mendakwa berjaya meletupkan sebuah kapal pendaratan Russia di pelabuhan yang ditawan Russia.



Setiausaha Pertahanan bagi Dasar Amerika, Encik Colin Kahl, berkata bekalan peluru berpandu ketepatan tinggi Russia semakin berkurangan berikutan kadar kegagalannya hingga 60 peratus, menyebabkan Russia lebih bergantung pada bom dan artileri.



Sementara itu, Britain akan membiayai bekalan makanan penting bernilai £2 juta pound ($3.58 juta) bagi kawasan Ukraine yang dikelilingi tentera Russia, atas permintaan pemerintah Ukraine.



Penasihat Kemanusiaan Pejabat Luar Britain, Cik Alice Hooper, berkata keperluan di lapangan di Ukraine jelas dengan begitu ramai orang terperangkap di ruang bawah tanah tanpa makanan dan air.



"Kami bekerjasama dengan rakan kongsi di sempadan untuk memastikan bekalan penting UK ini sampai ke tempat paling diperlukan, secepat mungkin." - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >