SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan operasi bagi memastikan peniaga makanan dan minuman di bandar raya itu terus mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi membendung wabak demam kepialu daripada merebak.
Datuk Bandar, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata hasil perkongsian maklumat dan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Daerah, tiada kes demam kepialu dilaporkan di bandar raya itu, lapor Utusan Malaysia semalam.