PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melancarkan operasi khas mengesan kereta Singapura yang telah tamat tempoh Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaannya tetapi digunakan di negara ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata tumpuan diberi pada Johor Bahru kerana kebanyakan kenderaan sedemikian diseludup masuk melalui Koswe dan dipercayai digunakan di Johor.