Operasi mencari diluaskan ke Laut Andaman

KUALA LUMPUR (AFP) - Operasi mencari pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 telah diperluaskan ke Laut Andaman, ratusan kilometer ke arah barat laut dari lokasi awal operasi mencari dimulakan, kata seorang pegawai hari ini (12 Mac 2014).

"Ya, atas Sumatra adalah Laut Andaman," kata ketua penerbangan awam Malaysia, Encik Azharuddin Abdul Rahman, bila diminta mengesahkan sama ada kapal dan pesawat sedang mencari pesawat MH370 yang hilang itu di sana.

Sementara itu, ketua tentera udara Malaysia menafikan laporan media bahawa pihaknya telah mengesan tempat terakhir pesawat malang itu hilang, iaitu di Selat Melaka - jauh dari lokasi di mana ia membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara sebelum ia hilang empat hari lalu.

"Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak membuat kenyataan tersebut," kata Ketua Tentera Udara Rodzali Daud hari ini (12 Mac 2014) - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 69
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.