Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Operasi selamat tebusan warga AS di Yaman gagal

Dec 05, 2014 | 03:43 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat mendedahkan kegagalan usaha negara itu menyelamatkan seorang warganya yang dijadikan tebusan oleh Al-Qaeda di Yaman.


Menerusi video terbaru yang diposkan di Internet, cabang Al-Qaeda di Yaman telah mengancam untuk membunuh tebusan mereka itu.


Para pegawai Amerika berkata, Presiden Barack Obama telah meluluskan satu serbuan rahsia untuk menyelamatkan Encik Luke Somers, 33 tahun, yang bertugas sebagai wartawan dan telah diculik di Sanaa, ibukota Yaman, pada September 2013.


Encik Somers tidak berada di lokasi sasaran tetapi para anggota penyelamat menemui tebusan-tebusan lain yang kemudiannya dibebaskan, kata para pegawai itu.


"Sebaik-baik sahaja pemerintah Amerika menerima maklumat risikan yang boleh dipercayai dan melakar satu perancangan operasi, presiden mengarahkan Jabatan Pertahanan untuk menjalankan satu operasi untuk menyelamatkan Encik Somers. Sayangnya, Luke tidak berada di tempat itu,," kata Cik Bernadette Meehan, seorang jurucakap bagi Majlis Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih.


Jurucakap Pentagon, Laksamana Muda John Kirby berkata, operasi menyelamat dijalankan dengan kerjasama tentera darat dan udara Yaman.


"Perincian tentang misi ini masih rahsia," kata Laksamana Kirby. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >