KUALA LUMPUR: Orang kanan pengganas IS Malaysia, Dr Mahmud Ahmad, dipercayai terbunuh di selatan Filipina berikutan pertempuran dengan askar negara itu.
Sumber perisikan berkata seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Najib Husen, yang menjadi pakar pembuat bom bagi Kumpulan Abu Sayyaf, ditembak semasa pertempuran di Basilan Selasa lalu.