Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PAC salahkan ketua eksekutif pengasas bagi masalah yang dihadapi 1MDB

Apr 07, 2016 | 02:36 PM



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Awam Parlimen (PAC) Malaysia, yang dianggotai wakil pemerintah dan pembangkang, menyalahkan ketua eksekutif pengasas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi masalah kewangan syarikat pelaburan negara itu.



Panel itu, bagaimanapun, tidak menuding jari pada seorang pun ahli politik, atau sesiapa sahaja di luar syarikat itu, dalam laporannya yang dibentangkan di Parlimen pada Khamis (7 April).



"Secara khusus, PAC berpendapat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, mesti bertanggungjawab bagi kelemahan dan masalah ini. Agensi Penguatkuasaan diminta menyiasat Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan sesiapa sahaja yang berkaitan," kata laporan itu dalam kesimpulannya.



Beliau ditemu ramah dua kali oleh PAC dan kekal sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB, dan juga pengarah minyak, gas, tenaga dan perkhidmatan kewangan di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Kerajaan (Pemandu).



Panel itu, yang mendapati pembiayaan dan prestasi 1MDB "tidak memuaskan", juga meminta agar lembaga penasihat yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihapuskan dan sembarang rujukan kepada Perdana Menteri ditukar kepada Menteri Kewangan dalam memorandum dan undang-undang tubuh syarikat itu.



Sebagai respons balas kepada laporan itu, Anggota Parlimen pembangkang Tony Pua menggesa polis menyiasat segera Datuk Shahrol dan rakan-rakannya.



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga sepupu Datuk Seri Najib, pula berkata dapatan PAC menunjukkan kerajaan "bertindak secara adil untuk menyelesaikan isu-isu dalam 1MDB", dan akan membolehkan orang ramai mencerna laporan itu sebelum membuat keputusan mengenai cadangan panel itu.



Ketua PAC, Datuk Hasan Arifin, berkata dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa panel itu menyiapkan laporannya "secara kolektif", dan mendapati "struktur modal 1MDB terlalu bergantung pada pinjaman".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >