Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Paderi dan dua suspek mati dalam insiden tebusan di gereja Perancis

Jul 27, 2016 | 05:30 AM



PARIS: Seorang paderi terbunuh semalam dalam satu insiden tebusan di sebuh gereja di Rouen, Perancis, ujar sumber polis.



Agensi berita AFP melaporkan Kementerian Dalam Negeri Perancis memberitahu bahawa dua suspek yang menahan mangsa dalam serangan di pekan Saint-Etienne-du-Rouvray itu, berhampiran bandar Normandy Rouen, sudah dibunuh.



Media tempatan melaporkan seorang lagi mangsa yang cedera ditikam kini dalam keadaan kritikal.



Dipercayai empat hingga enam orang ditahan oleh kedua-dua penyerang tersebut.



Presiden Perancis Francois Hollande dan Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve difahamkan telah membuat lawatan mengejut ke tempat kejadian.



Pegawai yang enggan mendedahkan pengenalannya itu berkata penyerang dan motif serangan masih belum dapat dipastikan.



Insiden itu berlaku ketika Perancis sedang dalam keadaan berjaga-jaga menyusuli serangan di Nice pada Hari Bastille.



Serangan Nice itu mengorbankan 84 orang kira-kira dua minggu lalu dalam beberapa serangan yang diakui dilakukan militan IS.



Dalam kejadian tersebut, seorang warga Perancis keturunan Tunisia, Mohamed Lahouaiej Bouhlel, merempuh orang ramai dengan trak di Nice. Lebih 300 orang pun cedera.



Serangan di Rouen merupakan insiden ketiga seumpamanya di Perancis dalam tempoh 18 bulan dan kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab ke atasnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >