Pak Lah: M'sia tidak boleh salahkan S'pura bagi masalah dua hala

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak boleh menyalahkan Singapura sepenuhnya bagi masalah dua hala yang dihadapi kededua negara, kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, "kita perlu melihat diri sendiri dalam cermin" dari masa ke masa, katanya ketika merujuk kepada warga Malaysia.

"Dalam mencari kerjasama, kededua Malaysia dan Singapura perlu sedar bahawa kita tidak boleh berharap untuk mengubah dasar masing-masing atau cara kita menjalankan hubungan antarabangsa.

"Perbezaan antara kededua negara akan sentiasa wujud," kata Perdana Menteri Malaysia kelima itu semasa melancarkan buku Malaysia-Singapore Fifty Years of Contentions 1965-2015 (Malaysia-Singapura, Pertelagahan 50 tahun 1965-2015) oleh Tan Sri Abdul Kadir Mohamad.

Tun Abdullah mengakui memang lumrah bagi jiran mempunyai isu dan pertikaian dua hala.

"Namun, Malaysia dan Singapura bukanlah jiran biasa. Mereka pernah bersatu dari segi politik tetapi berpisah kerana cita-cita yang tidak bersesuaian," katanya.

Namun, beliau menegaskan bahawa masa depan hubungan antara kededua negara tidak perlu serupa seperti masa lalu.

"Apabila saya menyandang jawatan perdana menteri, saya cuba menghapuskan beberapa sengketa sejarah. Sejarah akan menjadi saksi apa yang telah saya usahakan," jelas Tun Abdullah lagi.

Beliau berkata hubungan dua hala perlu melebihi hanya majlis, persetujuan atau rundingan.

"Ia mesti berdasarkan prinsip seperti kejujuran dan saling menghormati, ketekalan dan kestabilan, kebolehpercayaan dan kebolehramalan.

"Kita perlu berfikir melebihi hanya kepentingan jangka pendek," jelas Tun Abdullah.

Tan Sri Abdul Kadir, yang merupakan penasihat ehwal luar Tun Abdullah, berkata bukunya yang setebal 345 muka surat itu bersifat lebih naratif berbanding analisis.

"Naratif itu bermula dengan kisah tempoh sukar apabila Singapura merupakan sebahagian Malaysia bagi tempoh singkat dua tahun.

"Tahun-tahun sukar ini disusuli hubungan pasang dan susut antara kededua negara," kata mantan Setiausaha Agung Kementerian Ehwal Luar Malaysia itu.

Buku berharga RM100 ($37.70) itu dijual di kedai buku utama. - The Star.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.