Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar ekonomi Malaysia antara 23 maut di Kabul

Jan 20, 2014 | 02:37 PM



KABUL: Seorang pakar ekonomi dan bekas kakitangan awam Malaysia, Encik Gnanathurai Nagarajah, 65 tahun, terbunuh dalam satu serangan nekad di sebuah restoran popular di Kabul, Afghanistan, pada Jumaat lalu.


Beliau adalah antara 21 orang yang maut selepas beberapa anggota kumpulan militan melepaskan tembakan ke arah pelanggan restoran pada jarak dekat, kata majikan beliau, Adam Smith International, dalam satu kenyataan.


Encik Nagarajah disifatkan sebagai seorang "wira yang tidak disanjung" atas dedikasi beliau terhadap pekerjaannya dan juga dalam membantu mangsa perang di Afghanistan, menurut laporan sebuah akhbar Malaysia, The Star, hari ini.


Beliau bertugas sebagai penasihat Dasar Belanjawan dan Pembaharuan bagi badan yang berpangkalan di London itu, untuk membantu membaharui proses belanjawan negara bagi Afghanistan.


Semalam, Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) Afghanistan, yang dipengerusi oleh Presiden Hamid Karzai, menuduh pihak "perkhidmatan risikan asing" sebagai bertanggungjawab ke atas serangan membawa maut di Kabul itu, sambil menuding secara tidak langsung ke arah Pakistan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >