Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar Islam gesa Muslim lawan pemanasan global

Aug 20, 2015 | 08:14 AM



ISTANBUL: Sekumpulan pakar Islam menggesa umat Islam dunia seramai 1.6 bilion orang supaya melakukan lebih banyak bagi melawan pemanasan global, dalam satu contoh baru usaha agama merangsang tindakan sebelum sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Paris pada Disember.


Jun lalu, Paus Francis menggesa pemimpin dunia mendengar "laungan bumi dan teriakan orang miskin" dalam satu kenyataan mengenai alam sekitar kepada 1.2 bilion penganut agama Roman Katolik dunia.


Pakar Islam dari 20 negara itu setuju kelmarin mengenai satu perisytiharan lapan halaman dalam satu pertemuan di Istanbul. Perisytiharan tersebut telah diterima pakai 60 peserta pertemuan, termasuk Mufti Besar Uganda dan Lebanon, menurut satu kenyataan.


"Pencemaran berlebihan daripada bahan api fosil mengancam memusnahkan kurniaan Tuhan kepada kita. Kurniaan seperti iklim berfungsi, udara sihat untuk bernafas, musim biasa dan lautan hidup," ujar mereka.


Perisytiharan itu juga menggesa pemerintah kaya - dan negara pengeluar minyak, termasuk beberapa anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) yang mempunyai Islam sebagai agama rasmi - supaya menerajui usaha "menamatkan secara berperingkat pelepasan gas rumah hijau mereka seawal mungkin dan tidak lewat dari pertengahan abad seterusnya". - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >