Pakar obstetrik China didakwa jual bayi

BEIJING: Sebuah mahkamah China hari ini mendakwa seorang bekas pakar obstetrik atas kesalahan melarikan bayi-bayi yang baru dilahirkan dan menjatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan buat sementara ini, kata pihak mahkamah itu, dalam satu kes yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

Zhang Shuxia menjual tujuh bayu di Shaanxi, sebuah wilayah di utara China, kata mahkamah pertengahan bandar Weinan menerusi sebuah akaun media sosial yang sahih.

Ia menambah, pakar obstetrik wanita itu telah menipu para ibu bapa bayi-bayi berkenaan dengan memberitahu mereka bahawa bayi mereka yang baru dilahirkan itu sakit atau telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, hukumannya mungkin diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup.

Kes tersebut menonjolkan masalah pemerdagangan kanak-kanak yang sering berlaku di China, di mana puluhan ribu kanak-kanak dipercayai diculik setiap tahun. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.