Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar periksa dua serpihan baru bagi kaitan dengan MH370

Apr 19, 2016 | 03:09 PM



SYDNEY: Penyiasat memeriksa dua lagi keping serpihan pada Selasa (19 Apr) bagi mendapatkan petunjuk mengenai nasib pesawat Malaysia Airlines MH370, bersama kehidupan laut yang ditemui pada dua benda lain yang "hampir pasti" datang dari jet yang hilang itu.



Dua keping serpihan terkini itu - satu ditemui di Afrika Selatan dan satu lagi di Mauritius - telah dibawa ke makmal Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) bagi ujian minggu lepas.



"Penyiasat dari ATSB dan pihak berkuasa Malaysia sedang memeriksa kedua-dua keping serpihan untuk maklumat yang akan mengenal pasti ia datang dari sebuah pesawat Boeing 777," kata biro itu dalam satu kenyataan.



"Dan khususnya sembarang maklumat yang mungkin boleh menghubungkan serpihan itu dengan MH370."



Dua serpihan yang ditemui di pantai Mozambique di Lautan Hindi telah dikenal pasti sebelum ini sebagai "hampir pasti" dari pesawat yang hilang itu.



Tahun lalu, satu bahagian serpihan sayap ditemui di pulau Reunion, juga di Lautan Hindi, dan disahkan dari pesawat MH370.



Australia mengetuai carian di selatan Lautan Hindi, yang dipercayai menjadi tempat terhempas pesawat yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.



Kedua-dua serpihan yang ditemui di Mozambique juga diperiksa bagi "ekologi marin dan sisa-sisa bahan biologi" yang boleh memberikan petunjuk mengenai perjalanan laut mereka.



"Hasil ujian ini akan diberi kepada pasukan penyiasat Malaysia apabila selesai," kata ATSB.



Ia juga berkata serpihan yang dijumpai di Mozambique akan dipulangkan kepada Malaysia minggu ini. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >