Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar AS: Reaktor Korea Utara mungkin boleh hasilkan bom nuklear lebih baik, lebih besar

Sep 16, 2015 | 11:16 AM



SEOUL: Korea Utara mungkin sedang memisahkan isotop yang digunakan untuk membuat bom nuklear canggih dan lebih berkuasa, para pakar Amerika memberi amaran pada Rabu (16 Sep), selepas Pyongyang mengumumkan kompleks senjata atom utamanya sudah beroperasi sepenuhnya.


Ketua agensi atom Korea Utara berkata pada Selasa bahawa segala kemudahan di kompleks nuklear Yongbyon - termasuk loji pengayaan uranium dan reaktor lima megawatt yang dilihat sebagai sumber utama gred senjata plutonium negara itu - telah "memulakan operasi biasa".


Beliau juga mendakwa Pyongyang sedang "kian meningkatkan" senjata nuklearnya dari segi "mutu dan jumlah".


Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas ketua agensi angkasa lepas kebangsaan negara itu membayangkan pelancaran roket satelit bulan depan - dilihat Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai langkah ke arah pembangunan peluru berpandu balistik antara benua nuklear.


Institut Sains dan Keselamatan Antarabangsa (ISIS) yang berpangkalan di Washington berkata analisis imej satelit tidak dapat mengesahkan semua kemudahan Yongbyon sudah berfungsi sepenuhnya, walaupun ada beberapa tanda bahawa reaktor dan pengayaan uranium loji itu sekurang-kurangnya beroperasi sekejap-sekejap.


ISIS juga memberi amaran mengenai apa yang kelihatan seperti pembinaan kemudahan 'sel panas' baru di Yongbyon yang boleh dikhususkan untuk memisahkan isotop daripada bahan radiasi yang dihasilkan dalam reaktor itu.


Ia boleh juga memisahkan tritium, komponen utama dalam reka bentuk senjata termonuklear yang lebih canggih dengan kesan yang jauh lebih besar daripada yang dibuat daripada plutonium dan uranium.


Amerika Syarikat pada Selasa menggesa Korea Utara menahan diri daripada "provokasi tidak bertanggungjawab" yang akan hanya memburukkan lagi ketegangan serantau. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >