Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Pakatan Harapan umum Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



PAKATAN Harapan (PH) memulakan langkah untuk merampas Putrajaya dengan mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM), sekiranya gabungan empat parti pembangkang itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.



Pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh, pada malam kelmarin disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 7,000 anggota dan penyokong PH selain diikuti oleh kira-kira 10,000 pengguna di laman media sosial.



Dengan pengumuman tersebut PH menjadi gabungan parti keempat selepas Barisan Nasional (BN) menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Tan Sri Muhyiddin calon PM Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM gabungan itu.



Sebaik selepas pengumuman itu Datuk Anwar tampil ke pentas utama Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) untuk mengumumkan bahawa beliau memilih Parlimen Tambun sebagai kawasan untuk ditandingi pada PRU-15 ini kerana mahu menjadikan Perak sebagai negeri barisan hadapan bagi gabungan itu.



Selain itu, beliau juga mahu memastikan Perak dapat mengekori PH di Selangor dan Pulau Pinang yang berjaya mempertahan negeri itu dengan majoriti yang semakin mengukuh dalam beberapa PRU sebelum ini.



"Saya mahu Perak bersama. Saya akan terjun dalam politik di Perak. Saya belajar daripada pengalaman Lim Kit Siang (mantan Setiausaha Agung DAP).



"Saya tidak memilih kawasan mudah yang menjanjikan majoriti besar. Saya ketua. Saya mengepalai dan berani untuk merempuh dan tawan Tambun dalam pilihan raya ini. Saya mahu rakan di Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor melihat keyakinan kita.



"Saya bukan tawan kerusi yang mudah, tapi saya mahu Perak bersama diangkat martabatnya. Perak akan menjadi barisan hadapan perjuangan dalam PRU kali ini. Sebab itu saya akan berlabuh di Tambun," katanya.



Bagi menyakinkan pengundi supaya memilih beliau dan calon PH, Datuk Anwar berjanji sekiranya dilantik sebagai PM10 langkah pertamanya memotong gaji PM dan menterinya selain akan mengecilkan saiz jemaah menteri yang sebelum ini jumlah agak besar iaitu lebih 70 orang.



Keputusan Presiden PKR itu untuk bertanding di Parlimen Tambun menyaksikan beliau mungkin bertembung dengan penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sekiranya Timbalan Presiden Bersatu itu mempertahan kerusi berkenaan.



Pada PRU-14, Datuk Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, selepas menerima 38,661 undi, dengan majoriti 5,320 undi.



Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke yang turut berucap pada konvensyen tersebut membayangkan kejayaan gabungan itu dalam merampas semula Putrajaya.



Beliau yang baru dipilih memegang jawatan tertinggi DAP itu dan pertama kali mengepalai parti itu dalam PRU, menyuarakan harapan gabungan itu akan meraih majoriti mudah 112 kerusi di Parlimen sekali gus Pengerusi PH, Datuk Anwar mengangkat sumpah sebagai PM10.



Presiden Amanah, Encik Mohamad Sabu yang ucapannya mencuit hati hadirin memberi pesanan kepada Pengerusi PH berkenaan dan isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



"Saya hendak nasihatkan bakal Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar) dan isteri. Bila jadi Perdana Menteri nanti bersama Kak Wan (Wan Azizah), carilah harta sepencarian. Jangan cari harta 'sepencurian'," katanya.



Pesanan Encik Mohamad atau mesra dipanggil Mat Sabu itu merujuk kepada mantan PM6, Datuk Seri Najib Razak yang dihukum penjara 12 tahun tuduhan pecah amanah manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dihukum penjara 10 tahun serta denda RM970 juta ($291.5 juta) atas kesalahan rasuah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >