Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakistan kecam India bina kuil di bekas tapak masjid

Jan 23, 2024 | 03:22 PM



NEW DELHI: Pakistan mengecam dengan keras pembinaan dan penyucian Kuil Dewa Rama di tapak bekas Masjid Babri yang telah dirobohkan di bandar Ayodhya, India, di tengah-tengah acara yang menyaksikan Perdana Menteri, Encik Narendra Modi, melakukan upacara penyucian di kuil tersebut.


Pembinaan kuil itu menjadi kontroversi kerana dibina di atas runtuhan Masjid Babri, sebuah masjid berusia 464 tahun yang telah dimusnahkan oleh kumpulan pelampau Hindu pada 6 Disember 1992.

Pertubuhan berhaluan kanan Hindu telah lama mendakwa bahawa tapak itu adalah tempat kelahiran Dewa Rama mereka.

Upacara penyucian Kuil Ram itu mendapat kecaman Pakistan yang menyifatkannya sebagai “menunjukkan peningkatan sikap ketuanan di India.”

Sambil mengutuk sikap negara jirannya itu, pejabat kementerian luar Pakistan mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan Mahkamah Agung India bukan sahaja membebaskan pelaku-pelaku pemusnahan sebuah masjid, tetapi juga telah membenarkan pembinaan kuil Hindu di atas tapak masjid yang telah mereka robohkan itu.

Dalam tahun 1992, orang-orang Hindu membakar Masjid Babri itu kerana percaya ia dibina di tempat kelahiran Dewa Rama.

Ia telah mencetuskan rusuhan antara para penganut Hindu dan Islam, menyebabkan 2,000 orang maut, yang sebilangan besarnya terdiri daripada golongan Muslim.

Majlis perasmian Kuil Dewa Rama itu berlangsung dengan gah di bawah kawalan keselamatan yang ketat.

Ia dihadiri ribuan anggota parti Hindu, Bharatiya Janata (BJP), serta sekutu-sekutunya dan para penganut Hindu dari merata India.

Sesetengah masyarakat Muslim di Ayodha dilihat turut serta dalam meraikan perasmian kuil tersebut.

Namun, bagi BJP – parti yang memerintah di bawah naungan Encik Modi – pembukaan kuil Ram Mandir itu merupakan satu detik penting dalam kempennya selama sedekad lamanya dalam usaha menyelaraskan tadbir urus negara dengan kepercayaan majoriti penduduk negara tersebut.

Penganut Hindu percaya tapak asal itu adalah kuil yang dibina bagi memperingati dewa pahlawan Rama dilahirkan di Ayodhya kira-kira 7,000 tahun lalu, namun sebuah masjid dibina di atas tempat kelahirannya sekitar kurun ke-16.

Pada November 1999, mahkamah tertinggi India menyerahkan kawasan itu kepada penganut Hindu selepas melalui proses perundangan selama berpuluh tahun lamanya, serta memberikan lokasi lain kepada orang Islam untuk membina masjid.

Ia adalah kejayaan hebat bagi BJP, namun pengkritik melihatnya sebagai agenda Encik Modi untuk mengubah India daripada negara sekular kepada negara Hindu, sekali gus meminggirkan 200 juta rakyat beragama Islam, namun dinafikan oleh Encik Modi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >