BAITULMAKDIS: Seorang remaja Palestin ditembak mati di Tebing Barat manakala serangan udara Israel membunuh seorang wanita hamil dan anak kecilnya di Gaza semalam, ketika kekacauan kemungkinan bertukar menjadi intifada.
Empat warga Israel juga cedera berhampiran satu keramaian atau kibbutz, selepas 10 hari pertempuran antara pasukan keselamatan Israel dengan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki serta Baitulmakdis Timur yang dirampas selain siri serangan tikaman terhadap warga Yahudi.