Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Palestin, Israel laksana gencatan senjata di Gaza

Pertempuran tiga hari telah korbankan lebih 40 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak
Aug 09, 2022 | 05:30 AM



GAZA: Israel dan pejuang Palestin memulakan gencatan senjata yang goyah lewat malam kelmarin dengan Mesir bertindak selaku orang tengah dalam usaha menamatkan pertempuran di Jaluran Gaza.



Dalam pertempuran tiga hari itu, sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 15 kanak-kanak.



Gencatan senjata yang secara rasmi bermula pada 11.30 malam (waktu Palestin, 4.30 pagi waktu Singapura), bertujuan membendung pertempuran terburuk di Gaza sejak perang 11 hari yang meletus tahun lalu hingga memusnahkan sebahagian wilayah pesisir pantai Palestin.



Bagaimanapun, serangan bertubi-tubi termasuk bedilan roket berlaku menjelang gencatan senjata itu, dengan semboyan amaran dibunyikan di selatan Israel beberapa ketika sebelum dan selepas tempoh akhir ditetapkan.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tiga minit selepas gencatan senjata bermula, tentera Israel berkata, ia sebagai tindak balas kepada roket yang dilepaskan ke arah wilayah Israel, tenteranya kini menyerang pelbagai sasaran milik pejuang Islam di Gaza.



Dalam kenyataan lain selepas itu, pasukan tentera Israel berkata serangan akhirnya dilakukan pada 11.25 malam kelmarin.



Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan gencatan senjata, masing-masing memberi amaran kepada satu sama lain bahawa akan bertindak balas dengan kekerasan terhadap sebarang keganasan.



"Keadaan masih sangat rapuh, saya menggesa semua pihak supaya mematuhi gencatan senjata," kata Utusan Khas Keamanan Asia Barat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Tor Wennesland, dalam satu kenyataan.



Sejak Jumaat, Israel melancarkan pengeboman udara dan tembakan artileri menyasarkan kumpulan pejuang Palestin di Gaza, dengan kumpulan pejuang itu melepaskan ratusan roket sebagai tindak balas.



Kejadian itu menyebabkan banyak bangunan di Gaza musnah, manakala warga Israel terpaksa berlindung daripada serangan roket.



Malah, sistem penjagaan kesihatan di Gaza mungkin tidak dapat beroperasi dalam tempoh beberapa hari lagi berikutan penutupan satu-satu loji janakuasanya disebabkan bekalan bahan api yang semakin berkurang, kata Kementerian Kesihatan.



Akhbar The New York Times melaporkan keadaan di petempatan yang dianggap masyarakat antarabangsa sebagai penjara terbesar dunia itu semakin buruk dengan ramai rakyat Palestin yang cedera akibat serangan udara Israel terpaksa dikejarkan di hospital di wilayah yang terus melalui pelbagai sekatan sejak 15 tahun lalu.



Minggu lalu, beberapa hari sebelum serangan Israel ke atas Gaza bermula, pihak berkuasa Israel menutup lintasan sempadan dengan Gaza dan menyekat bekalan bahan apinya.



Susulan daripada itu, loji janakuasa terpaksa ditutup pada tengah hari Sabtu, menyebabkan Gaza mengalami gangguan elektrik lebih 20 jam sehari.



Hospital Gaza kini kebanyakannya bergantung kepada generator, kata jurucakap kementerian, Dr Medhat Abbas dalam satu temu bual kelmarin.



Menurutnya, ketiadaan bahan api yang mencukupi sehingga esok akan menyebabkan hospital hampir tiada langsung bekalan elektrik.



Di beberapa hospital sekitar Gaza, bilik tidak mencukupi, dan pesakit terpaksa dirawat di dalam dewan dan sepanjang koridor.



Pegawai Israel berkata serangan itu menyasarkan anggota Jihad Islam Palestin, kumpulan tentera kedua terbesar di Gaza selepas Pergerakan Hamas dan lintasan dengan Gaza ditutup minggu lalu kerana risikan mengenai serangan yang dirancang oleh kumpulan itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >