Panama Papers: Polis Panama serbu ibu pejabat firma guaman Mossack Fonseca

PANAMA CITY: Polis pada Selasa (12 April) menyerbu ibu pejabat firma guaman Panama yang terlibat dalam kes kebocoran Panama Papers, yang mendedahkan bagaimana syarikat luar pesisir digunakan golongan kaya dan berkuasa di dunia untuk menyembunyikan aset mereka.

Unit jenayah tersusun polis menjalankan serbuan ke atas firma Mossack Fonseca "tanpa kejadian atau campur tangan", kata pendakwa raya dalam satu kenyataan, sambil menambah siasatan akan dijalankan di ibu pejabat firma Panama City itu dan cawangannya.

Polis negara berkata dalam satu kenyataan sebelum ini mereka mencari dokumentasi yang "akan mengenal pasti kemungkinan firma itu telah digunakan bagi kegiatan terlarang". Firma itu telah dituduh melakukan perbuatan pengelakan cukai dan penipuan.

Pejabat firma itu di El Salvador diserbu minggu lalu, dan pihak berkuasa di Peru menyerbu cawangannya di Lima pada Isnin.

Sebelum itu, rakan kongsi firma itu, Ramon Fonseca, berkata ia tidak melanggar sebarang undang-undang, tidak menghapuskan sembarang dokumen, dan semua operasinya sah dari segi undang-undang.

Panama Papers berkisar pada kumpulan besar dokumen yang dicuri secara digital daripada Mossack Fonseca dan dibocorkan hingga mempunyai kesan di seluruh dunia.

Perdana Menteri Iceland, misalnya, terpaksa meletak jawatan selepas namanya muncul sebagai antara mereka yang mendapat manfaat daripada syarikat luar pesisir. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.