Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Panas melampau lebih jejas orang kurang upaya: Pemerhati hak asasi manusia

Jun 27, 2023 | 03:43 PM



MADRID: Cuaca panas melampau yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Sepanyol dan negara Eropah lain telah terjejas secara tidak seimbang golongan kurang upaya, kata badan pemerhati hak asasi manusia pada Isnin.


Justeru, Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) yang menjalankan tinjauan di Sepanyol, menggesa pihak berkuasa supaya memberi sokongan mencukupi kepada golongan itu.

Penolong penyelidik hak hilang upaya HRW, Encik Jonas Bull, menyatakan tinjauan itu tertumpu kepada Sepanyol tetapi boleh digunakan buat negara lain di Eropah, yang dikatakan saintis sebagai benua paling cepat panas di planet ini.

Orang kurang upaya berdepan risiko kematian, tekanan kesihatan fizikal, sosial dan mental akibat kepanasan melampau – terutamanya jika “dibiarkan sendiri menghadapi suhu tinggi” kata HRW dalam satu laporan.

Laporan itu juga menyatakan kekurangan perwakilan dalam membangunkan pelan kecemasan gelombang haba bermakna suara golongan kurang upaya sering tidak didengari dan keperluan mereka tidak dipenuhi.

Sesetengah orang kurang upaya lebih berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan atau menggunakan ubat yang boleh menjejas keupayaan tubuh untuk bertindak balas terhadap haba.

Jika mereka terpaksa tinggal di rumah dan menghadapi cuaca panas, ini juga boleh menyebabkan pengasingan sosial, kata HRW.

Encik Bull memberitahu Reuters bahawa ruang bandar yang tidak boleh diakses memburukkan lagi masalah mereka. Beberapa bandar besar seperti Seville dan Cordoba, mengalami kesan “pulau haba” yang meningkatkan suhu di kawasan bandar.


Di Sepanyol – salah satu negara Eropah yang mengalami gelombang panas yang memecahkan rekod musim panas lalu – rancangan nasional untuk menangani kesan perubahan iklim menyenaraikan tindakan untuk melindungi penduduk yang “terdedah” kepada bahaya cuaca panas melampau. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >