Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Panel khas dibentuk tangani kos sara hidup di Malaysia

Jan 16, 2014 | 12:47 PM



PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang bertujuan menangani setiap isu berkaitan kenaikan kos hidup rakyat ketika ini.


Beliau juga mengarahkan Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam supaya turun padang untuk melihat secara lebih dekat isu tersebut melalui portfolio masing-masing.


Beliau berkata, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga telah diarah melipatgandakan kerja-kerja penguatkuasaan bagi mengheret para peniaga yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.


"Saya sendiri akan turun padang dengan mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan terpilih, bermula Sabtu ini untuk bertemu peniaga serta pengguna bagi memantau dan mencari punca kenaikan harga barangan di premis-premis seperti pasar borong dan kedai runcit.


"Kita mesti mengambil kira perhatian rakyat secara lebih dekat dan sebab itu, Kabinet hari ini mengarahkan semua menteri daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya dan rakan-rakan Jemaah Menteri turun padang (memantau isu tersebut)," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, lapor Utusan Malaysia hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >