KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran kenyataan palsu membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang dikatakan dimuat naik dalam sebuah portal berita tempatan.
Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM, Encik Zulkarnain Mohd Yasin, menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu akan dibawa ke muka pengadilan.