Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Panggung wayang di Thailand untuk haiwan peliharaan ‘tonton’ sama

Jun 11, 2023 | 07:00 PM



SAMUT PRAKAN: Thailand membuka pawagam mesra haiwan peliharaan pertamanya di pinggir ibu negara pada Sabtu (10 Jun), sekali gus menunjukkan iltizam kerajaan itu kepada pencinta haiwan.

Menurut jurucakap Major Cineplex, Encik Narute Jiensnong, haiwan itu perlu memakai lampin dan duduk di dalam beg sementara, manakala bunyi dan pencahayaan dilaraskan untuk keselesaan mereka.

Katanya, Bangkok bukanlah bandar yang sangat mesra haiwan peliharaan, tetapi langkah ini bertujuan memastikan haiwan itu tidak murung kerana tuannya kembali bekerja di pejabat.

“Di pawagam mesra kanak-kanak, mereka ini akan berlari-lari sambil menjerit, jadi saya rasa pawagam haiwan peliharaan akan sama.

“Setiap orang yang datang akan memiliki haiwan peliharaan dan memahami (jika anjing menyalak),” katanya yang mana ruang pawagam mesra haiwan itu dibina di ruang mesra kanak-kanak.

Dilaporkan, perusahaan haiwan peliharaan di Thailand dianggap kedua terbesar di Asia di belakang China, dengan kira-kira 8.3 juta anjing dan 3.7 juta kucing pada 2021, menurut data industri.

Pemilikan haiwan peliharaan berkembang pesat ketika wabak Covid-19 dan kini beberapa perniagaan cuba mengaitkan ia sebagai satu bentuk perniagaan.

Pada pembukaan itu, kelihatan seekor kucing putih gebu berbaju kuning bertenggek di atas kerusi pawagam di Bangkok, manakala berdekatannya pula seekor Chihuahua berkostum Sebastian the Crab bersedia untuk menonton Disney ‘The Little Mermaid’ bersama pemiliknya.

Haiwan itu adalah puluhan penonton filem berkaki empat yang tiba dengan kereta sorong untuk menonton wayang.

Terdahulu, awal bulan ini, syarikat gergasi perabot Sweden, Ikea turut mengumumkan anjing dan kucing kecil dialu-alukan untuk mengunjungi kedainya di Thailand, selagi mereka duduk di kereta sorong.

Walaupun terdapat perlindungan kebajikan haiwan di pawagam, tidak semua pemilik haiwan peliharaan teruja dengan idea itu.

Seorang ekspatriat Bangkok berkata, kucingnya sering tertidur di sebelahnya di sofa ketika menonton televisyen, justeru dia tidak akan membawa haiwan peliharaannya ke pawagam dan menganggap konsep itu “tidak wajar” dan “penyiksaan.”

“Ia sangat tidak masuk akal jika anjing tidak dibenarkan bersiar-siar di (kebanyakan taman Bangkok) tetapi mereka boleh pergi ke wayang atau kafe.

“Adakah anda juga membawa anjing atau kucing anda ke rumah urut,” katanya. - AFP, BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >