Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Para penunjuk perasaan Thai akan teruskan bantahan

Feb 03, 2014 | 04:16 PM



BANGKOK: Para penunjuk perasaan antikerajaan hari ini berikrar untuk meneruskan bantahan dalam usaha untuk mengguling Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, selang sehari menggangu proses Pilihan Raya Umum di negara itu.

Sebilangan mereka menyertai pemimpin penunjuk perasaan, Encik Suthep Thaugsuban berarak di jalan raya Bangkok sementara yang lain ikut di belakang dengan menaiki kereta dan trak.

Satu lagi kumpulan mengepung sebuah pejabat kerajaan di utara Bangkok, di mana Cik Yingluck sedang mengadakan satu mesyuarat.

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand berkata 10,000 daripada hampir 94,000 pusat mengundi tidak dapat dibuka semalam ekoran gangguan para penunjuk perasaan.

Parti Puea Thai pimpinan Cik Yingluck bagaimanapun berkata lebih separuh daripada 44 juta rakyat yang layak membuang undi telah berbuat demikian.

“Ini menunjukkan separuh daripada rakyat negara ini mahukan demokrasi dan ingin sebuah Parlimen yang dibentuk oleh majoriti. Ini bukan satu kemenangan bagi Puea Thai tetapi kemenangan bagi rakyat yang cintakan demokrasi dan cintakan keamanan,” kata jurucakap parti itu, Encik Prompong Nopparit. – Reuters, AFP.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >