KUALA LUMPUR: Enam empangan di lima negeri mula mencatatkan penurunan air hingga berbaki hanya 20 peratus ketika ini akibat cuaca panas yang melanda Malaysia, sekali gus boleh menjejaskan bekalan air di kawasan terbabit.
Penurunan itu mencatatkan bacaan berada pada paras bahaya dan tindakan alternatif bagi membendung masalah itu perlu dilaksanakan secepat mungkin, lapor Berita Harian Malaysia semalam.