SEOUL: Presiden Korea Selatan Park Geun-hye semalam meminta parlimen memikirkan cara untuk beliau melepaskan jawatan, termasuk bila beliau perlu meletakkan jawatan sebagai presiden.
"Saya letakkan semuanya tentang masa depan saya termasuk menyingkatkan penggal khidmat saya atas budi bicara parlimen," kata beliau dalam satu ucapan di televisyen di tengah-tengah gesaan supaya beliau meletakkan jawatan susuli skandal yang membelenggu dirinya sebagai presiden.