Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen M'sia digantung semasa darurat: Anwar saman Muhyiddin, kerajaan

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mengemukakan kes saman ke atas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Malaysia semalam.



Kes tersebut bertujuan membuktikan menerusi kaedah pengadilan bahawa Tan Sri Muhyiddin memberi nasihat tidak berteraskan undang-undang kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Nasihat itu berkenaan hal menggantung Parlimen ekoran perintah darurat melalui Ordinan Darurat.



Sewaktu mengumumkan kes itu, Anggota Parlimen (AP) Bukit Gelugor daripada Parti Tindakan Demokrat (DAP) Ramkarpal Singh, yang juga seorang peguam, berkata bahawa pendaftaran kes dilakukan oleh Datuk Anwar di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam.



Beliau melakukannya bersandarkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.



"Antara perkara yang diminta menerusi pendaftaran itu ialah pengesahan mahkamah bahawa nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menggantung Parlimen semasa tempoh darurat melanggar undang-undang dan tidak selaras Perlembagaan Federal," ujar Encik Singh, yang juga pengerusi biro perundangan DAP, dalam satu kenyataan.



"Juga mahu ditekankan di sini ialah perkara yang menjadi tumpuan bukanlah pengisytiharan darurat tetapi keputusan Perdana Menteri (menerusi Kabinet) memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong agar menguatkuasakan Ordinan Darurat 2021 yang menggantung Parlimen dalam tempoh berkenaan.



"Nasihat Perdana Menteri itu dipercayai melanggar undang-undang," tambahnya.



Sebelum ini, ahli Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilaporkan sebagai berpuas hati dengan penjelasan berhubung ordinan dan pengurusan darurat.



Mereka juga akur akan pengurusan pandemik Covid-19 yang dilaksanakan menurut Tan Sri Muhyiddin. Pelbagai isu dibincangkan termasuk rancangan imunisasi yang akan bermula bulan depan.



Tambahnya, taklimat mengenai Proklamasi Darurat berlangsung dalam keadaan lancar dan harmoni, lapor akhbar Berita Harian Malaysia.



Namun, kelihatannya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) juga tidak bersetuju bahkan mempersoal kewajaran kerajaan mengisytiharkan darurat ketika rakyat berdepan kesukaran hidup ekoran Covid-19. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >